DEFINISI
LAKONAN
Menurut
kamus dewan edisi keempat mendefinisikan seni sebagai halus dan tipis. Seni
juga diertikan sebagai karya seperti sajak , lukisan , muzik , dan lain-lain
yang dicipta dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan. Keseniaan pula
diertikan sebagai perihal seni yang berkaitan dengan seni, keindahan atau
kehalusan. Di Malaysia , Indonesia dan Thailand terdapat suatu istilah
keseniaan yang dikongsi bersama tetapi membawa maksud yang berbeza. Istilah itu
ialah ‘LAKON’. Di Malaysia dan Indonesia “lakon” membawa maksud cerita apa yang
dipentaskan. Di Thailand pula istilah yang sama membawa maksud tarian. Secara
amnya,dalam kebudayaan masyarakat rantau asia tenggara terdapat serangkaiaan
bentuk seni yang melibatkan gerak geri atau perlakuan manusia di tonton oleh
manusia yang lain. Di dalam kamus dewan pula diertikan sebagai seni mengenai
lakonan pentas. Dalam bahasa inggeris rangkaian seni ini biasanya disebut
sebagai “performing arts’ atau kadang kala “theatre” dalam pengertian yang luas
. pendapat lee straberg ringkasnya lakonan berfungsi untuk membawa watak dan
perwatakan seseorang manusia lain yang akan digambarkandan direalitikan di
ruang pentas oleh seseorang pelakon.kesempurnaan dan keberkesanan lakonan itu
timbul apabila penonton itu dapat mempercayai itulah watak yang sepatutnya
terpancar sehingga penonton melupakan bahawa ia sebuah watak yang dilakonkan
oleh seorang pelakon di atas pentas tersebut.lantas untuk mendapat
kecemerlangan dalam lakonan ,maka latihan,pengalaman hidup ,ilmu,tunjuk ajar dari
pengarah ,perbincangan dari rakan pelakon akan memberikan satu signifikasi ke
arah lakonan yang bermutu dan boleh dipercayai.
JENIS-JENIS LAKONAN
(
ARTISTIK )
Artistik
ialah gerak geri seni baik pada percakapan, mahupun pada gerak lakon. Misalnya
dalam sesebuah drama purbawara. Tajuk ceritanya katakanlah cinta dan senikata
berpantun ini, maka pengarah terpaksa mengarahkan pelakon-pelakonnya supaya
melakukan adegan yang sengaja diadakan.
(
REALISTIK )
Realistic
ini merupakan suatu gerak gerik biasa lawan kepada artistik. Jelasnya
sebagaimana kelakuan dan percakapan sehari- hari maka begitulah pula dilakonkan
diatas pentas . hubungan jenis lakonan artistic dengan realistic boleh
diibaratkan antara orang berjalan dengan orang menari. Orang berjalan itu
disebut realistic dan orang menari itu disebut artistik.
(WATAK
PARADOKS )
Maksud
watak paradox ini ialah melakonkan banyak watak. Misalnya dalam adegan atau
babak pertama dia berlakon sebagai seorang lanun yang ganas , kemudian dalam
adegan atau babak kedua dia diminta memainkan watak lain seperti menyamar
menjadi peminta sedekah dan dalam adegan atau babak ketiga dia menjadi lanun
semula.
(
PENGUCAPAN )
Pengucapan
dalam drama ialah apabila pelakon melafazkan dialog secara langsung dari atas
pentas. Pengucapan itu hendaklah mesti terang , jelas dan dapat didengar oleh
semua penonton walaupun ribuan jumlahnya. Di Negara barat dan Negara maju,
suara pentas adalah menjadi syarat mutlak bagi seseorang pelakon, kerana suara
pelakon itu dikehandaki berlontar secara langsung samapi ke telinga penonton
tanpa di bantu alat pembesar suara. Bagi suara yang dibantu oleh alat pembesar
suara , itu dianggap cara lama yang sudah lapuk ketinggalan zaman. Bukti dari
sejarah perkembangan seni drama di dunia menunjukkan bahawa pelakon tanpa
pembesar suara itu sebenarnya adalah cara lama dalam zaman bangsawan sejak
dahulu lagi. Kesulitan utama bagi seseorang calon pelakon ialh tidak semua
orang yang memiliki suara pentas. Malah kebanyakkan pelakon memiliki suara
sederhana. Akibatnya banyak drama yang dipersembahkan gagal kerana tidak dapat
memenuhi syarat-syarat kesempurnaan pementasan drama. Di tanah air, syarat
kesempurnaan sering menjadi syarat penting dalam pementasan drama . sebab-sebab
yang lain mungkin mereka tidak tahu menyedari hal tersebut. Oleh kerana tidak
tahu dan tidak menyedari maka selalu berlaku diman para pengarah dan jawatankuasa
pemilihan pelakon tidakberdasrkan pemilihan calon pelakon kerana suara pentas
tetapi mengutamakan paras rupa yang kacak , lawa, tampan menarik dan lain-lain
lagi walaupun suaranya bagus.
(PERASAAN
)
Dalam
hal ini, pelakon berkebolehan menguasai
perasaannya apabila membawakan peranan yang diberi. Apabiala pelakon muncul di
pentas maka perasaan yang ada di dalam dirinya ialah sedang melakonkan peranan
yang sedang dihadapi oleh penonton. Dia bukan lagi diluar panggung, tidak lagi
boleh bergerak dan bercakap-cakapsesuka hati seperti di luar panggung . jika
perasaan itu tidak dikuasai dalm dirinya bermakna dia masih mengingat atau
berperasaan seperti biasa. Untuk menguasai perasaan ini bukanlah suatu kerja
yang mudah. Inikerana kita memrlukan kekuatan jiwa dan pemusatan fikiran yang
bersemangat. Gangguan perasaan akan mengakibatkan lakonan seseorang lawanan
dari pearasaan yang dikehendaki oleh cerita . oleh sebab itu, bagi setiap
pelakon memang menjadi suatu peratuaran atau tatatertib yang sebaik –baiknya
supaya sentiasa menjaga perasaan jangan sampai terganggu.
(
SENI KATA)
Ini
adalah kebolehan menguasai semua seni kata yang sudah dihafal dengan lancar,
menguasai tekanan suara, pernafasan dan menguasai bila dan ketika seni kata itu
bersambut balas dengan pelakon lain yang berlawan bercakap. Selain itu,
penguasaan seni kata juga apabial seni kata itu dihubungkan dengan teknik
lampu, muzik, bunyi latarbelakang dan lain-lain. Paling penting penguasaan seni
kata dihubungkan dengan memik muka, gerak gerik dan menghala kepada penonton.
Ini termasuk juga kesan penyampaian seni kata kepada penonton terutamanya
apabila sampai seni kata yang lucu sehingga membuatkan penonton ketawa
terbahak-bahak, tentunya pelakon melayani kesan –kesan itu dengan cara
memikirkan penonton puas dengan ketawanya disamping dia sebagai pelakon yang
bijak menokok tambah gerak-geriknya untuk memenuhi kekosongan semasa penonton
sedang ketawa
(
GERAK GERI )
Penguasaan
gerak geri ialah menguasai semua gerak gerik yang dihidupkan di atas panggung
sesuai dengan peranan, keadaan dan tempat. Contonya peranan Hang Tuah yang
tenang dan Hang Jebat yang lincah jangan jadi yang sebaliknya. Keadaan sedang
tenang, marah memujuk atau merayu. Begitu juga tempatnya, mestilah mengetahui
di kawasan man dia sedang berdiri sama ada di kawasan tengah atau kawasan over
acting. Namun biar gerak lakon yang dibuatnya,jangan lupa hubungannya secara
langsung kepda penonton. Misalnya gerak- gerik geram sebagai pembunuh biasanya
keris dijunam ke dalam perau mangsa atau diseksa terlebih dahulu dan lain-lain
lagi.
KEPERLUAN LAKONAN TEATER
RUANG LAKON
Dari
segi ruang lakon seorang pelakon harus mengetahui jenis pentas yang dilakonkan seperti
contoh terdapat pentas yang berbentuk proscenium,arena dan trust.hal ini sangat
penting kerana lakonan di atas pentas akan berubah mengikut bentuk pentas yang
digunakan.oleh hal demikian pemahaman pelakon teater terhadap pentasnya akan
membantu bentuk dan gaya lakonannya.pentas terbahagi kepada beberapa bahagian
antaranya ialah pentas tertutup dan terbuka.pentas tertutup akan memudahkan pelakon
untuk melontarkan suaranya ke seluruh ruang yang mempunyai penonton dan had
kadar suara dapat di kawal.manakala pentas terbuka pula memerlukan pelakon
teater melontarkan suara dengan nada yang agak kuat kerana ruang pentasnya
tiada had keluasan.oleh itu pelakon harus memahami ruang-ruang bahagian agar
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta kelebihan dan kekurangan setiap
ruang bahagian pentas.pemahaman penting bagi pelakon mengetahui apakah yang
harus dilakukan apabila berada di setiap bahagian-bahagian pentas.ruang lakon
pelakon teater adalah pentas dan lakonan akan dipengaruhi oleh saiz serta jenis
pentas.ruang lakon yang besar menuntut olah tubuh yang tidak terbatas serta
lakonan yang diperbesarkan (exaggerate).lakonan pentas seharusnya lebih besar
kerana ia melibatkan ruang pentas yang dilakonkan dan ruang penonton.jarak
antara pentas dan penonton ini akan menyebabkan segala lakonan harus dibesarkan
supaya ia kelihatan jelas walaupun penonton duduk di jarak paling jauh.
TUBUH BADAN
Bagi
lakonan teater,kepentingan tubuh badan menjadi suatu perkara yang penting
kerana dengan jarak dan ruang pentas ,serta kedudukan pelakon dengan penonton
yang jauh memastikan segala bentuk lakonan harus ditranformasikan melalui tubuh
badan.Diatas pentas pelakon dilihat dari keseluruhan pergerakan tubuh
badannya.tubuh badan pelakon berfungsi sebagai penyampai segala
emosi,pemikiran,aksi kepada penonton tugas ini dilakukan melalui pergerakan
tubuh badan,lontaran vokal yang jelas dan bertenaga.kesimpulannya tubuh badan
memainkan peranan yang penting dalam menyampai segala-galanya.
SUARA
Keperluan
utama pelakon bukan sahaja dapat dilihat tetapi juga didengar.suara adalah
insturment yang memaikan peranan penting sebagai penyampai segala
dialog-dialog.oleh itu pelakon harus mempunyai suara yang fleksebel dan
terlatih untuk memastikan apa sahaja dialog yang dilontar dapat didengar oleh
seluruh penonton dalam veneu persembahan.hal ini merujuk kepada suara yang
bertenaga memberikan kepuasan dan kefahaman penonton dalam menikmati pengucapan
dialog-dialog melalui suara pelakon.suara juga ialah alat yang digunakan untuk
berkomuikasi dalam kehidupan seharian.suara adalah campuran kompleks yang kita
dengar dan kita membalasnya apabila berkomuikasi.secara fizikal setiap orang
mempunyai suara yang berbeza ,dari segi bentuk ,saiz dan variasi.tetapi
bagaimanapun kita menggunakan nafas mengeluarkan suara itu dan yang paling
penting kita harus gunakannya sebaik mungkin.suara amat sensitif dengan apa
yang kita rasakan. Dalam kehidupan seharian suara kita akan menggambarkan
situasi dan perasaan kita sama ada kita sedih,gembira dan sebagainya.pelokon
perlu tahu bagaimana dia bergantung pada suara itu dan apa yang mereka perlu
lakukan. penonton akan berminat untuk mendengar penyampaian kita jika sebutan
perkataan kita jelas. tetapi jika kita terlalu menekan suara itu suara kita
akan menjadi tinggi dan kita akan hilang fokus,makna yang ingin disampaikan
mungkin hilang,dan apabila suara kita terlalu kuat ia akan menggangu orang di
sekeliling.petikan ini disokong oleh penulis iaitu yapi tambayong di mana
beliau berkata bahawa vokal adalah unsur paling utama untuk menyampaikan
fikiran dan perasaan secara verbal dari rangkaian dialog yang dihafal oleh
seorang pelakon teater. tambahnya lagi dialog harus sampai ke telinga penonton
,dan difahami maknanya ,barulah penonton dapat menikmati keseluruhan cerita
itu. selain itu dialog yang diucapkan mestilah tidak bertindih antara pelakon
kecuali hal itu disengajakan.
APA YANG PERLU ADA PADA SEORANG
PELAKON TEATER.
MOTIF LAKONAN
Berlakon
adalah suatu pekerjaan dan bukan sekadar kegiatan.hal ini perlu dipegang oleh seorang
pelakon semenjak dia memutuskan untuk mempelajari seni lakonan ini.seorang
pelakon harus tahu mesej apa yang mahu disampaikan melalui pementasannya itu.
hal ini supaya seorang pelakon teater ini tidak lari dari tujuannya. kadang
kala apabila seorang pelakon teater itu sudah asyik di dalam lakonannya kerana
mendapat tepukan atau pujian dari penonton dia mula hilang fokus dan tidak tahu
motif lakonannya itu. hal ini akan mnyebabkan cerita yang disampaikan tidak
terlalu menekankan mesej yang mahu disampaikan sebaliknya hanya melakonkan
sahaja watak yang dibawa.hal ini dimulakan oleh brecht yang mengeluarkan
teorinya bahawa lakonan teater haruslah mempuyai mesej atau pengajaran dan
pelakon harus sedarkan penonton ketika penonton sedang masuk di dalam dunia
cerita yang dibawa itu.
DAYA IMAGINASI
Sebagai
seorang pelakon teater kita perlu mempunyai daya imaginasi untuk membayangkan
kehidupan watak yang dibawa.watak tidak sahaja kepada watak manusia atau benda
yang kita boleh rujuk dimuka bumi ini. contohnya watak syaitan.untuk membawa
watak syaitan kita perlu berimagenasi untuk mendapat kan corak atau rangka
kehidupan syaitan.tidak dapat dinafikan sebagai seorang pelakon teater yang
membawa pelbagai watak kita perlu mempunyai pengalaman dalam watak yang kita
bawa. tetapi tanpa daya imaginasi kita tidak mampu untuk mengimbas kembali
peristiwa-peristiwa yang sudah tempuhi untuk diadaptasi ke dalam gelanggang
teater.pandangan yapi tambayong berkata
sebelum pelakon melakukan dalam tindakannya pengarang sudah pun melakukan
imaginasi seprti contoh shackespeare tidak perlu menjadi yahudi terlebih dahulu
untuk merekaan tokoh kedekut dalam karyanya saudagar venesia.beliau hanya
melakukan dengan menggunakan daya imaginasi sahaja.demikian juga pelakon tidak
perlu mati terlebih dahulu untuk melakonkan adegan bunuh diri dalam karya
shakespeare ,romeo dan juliet hanya dilakukan menggunakan daya
imaginasi.tambahnya lagi latihan untuk merangsang imaginasi ialah selalu
berkhayal ,dan selalu melihat lukisan lukisan dan mendengar muzik klasik.
TAHAP DISIPLIN
Disiplin
adalah kunci kepada kejayaan seseorang pelakon teater. sebagai seorang pelakon
teater kita memerlukan tahap disiplin yang baik.Berdisiplin ialah di mana
seseorang itu sentiasa mematuhi peraturan yang telah diberi.berdisiplin
terbahagi kepada banyak bahagian contohya menepati masa,adab berpakaian dan
pertuturan yang baik.Dari segi masa ialah seorang itu harus menepati masa yang
diberi.hal ini akan menjadi masalah sekiranya seorang pelakon teater tidak
menepati masa yang diberi ia bukan membawa masalah kepada dirinya malah orang
lain juga.dari segi pakaian pula,pakaian yang menjolok mata akan menyebabkan
orang sekeliling kurang senang dan menyebabkan nama sesebuah produksi itu
buruk.pertuturan yang kurang ajar akan mungkin akan menyebab kan perjalanan
projek akan tergendala apabila berlakunya pergaduhan atau sebagainya.jelaslah
disiplin ini sangat penting dalam dunia lakonan ini.
KEYAKINAN DIRI
Seorang
pelakon teater perlu mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.kadang-kadang
keyakinan diri ini sering disalah erti dengan sifat bongkak atau
berlagak.keyakinan diri ini ialah rasa yakin terhadap diri sendiri bahawa kita
boleh melakukan perkara itu.tetapi berbeza dengan bongkak atau berlagak di mana
seseorang pelakon teater itu hanya bercakap kosong tanpa usaha dan
kejayaan.keyakinan bahawa kita boleh melakukan perlu ada di dalam setiap diri
pelakon teater. hal ini kerana jika seseorang pelakon teater itu tidak yakin
dengan kebolehan dirinya sukarlah dirinya untuk melakukan sesuatu perkara
khususnya dalam bidang lakonan.berbeza pula jika seorang pelakon teater itu
berkeyakinan.lakonannya di atas pentas akan kelihatan lebih bagus dan menarik.hal
ini secara tidak langsung akan menarik perhatian penonton untuk melihat
lakonannya dengan lebih fokus.
KREATIF DAN TELITI
Seorang
pelakon teater perlu berfikiran kreatif untuk mencipta sesuatu yang mampu
menarik minat penonton mengikut peredaran masa.berfikiran kreatif ialah sesuatu
perkara yang tidak semua orang miliki akan tetapi sebagai seorang pelakon
teater kita perlu mengasah dan belajar sesuatu perkara yang kreatif supaya kita
dapat mengadaptasikan lakonan yang bermutu.hal ini bertujuan untuk mengelakkan
penonton bosan dengan gaya lakonan atau sebagainya kerana sudah terlalu kerap
digunakan.manakala teliti juga perlu ada di dalam diri seorang pelakon teater
.hal ini jika seorang pelakon teater itu
tidak teliti ia akan mencacatkan sebuah lakonannya sendiri.contohnya dia
melakonkan cerita pada zaman hang tuah tetapi menggunakan bahasa atau pakaian
moden.hal ini akan memberikan rasa tidak percaya kepada penonton.berbeza pula
jika pelakon teater itu seorang yang teliti.penonton akan mempercayai watak
yang dibawa dan merasai apa yang watak rasa. ( teknik stanislavsky).
EMOSI
Emosi
dapat diertikan sebagai ungkapan perasaan. Emosi berupa perasaan
sedih,marah,bingung,gugup dan sebagainya.Dalam lakonan teater seorang pelakon
harus dapat mengendaalikan dan menguasai emosinya.hal ini penting untuk
memberikan warna kepada pelakon yang melakonkan dan menunjang karakter watak
tersebut.emosi juga sangat mempengaruhi tubuh iaitu tingkah laku ,roman
muka(ekspresi),pengucapan dialog,pernafasan,niat.niat di sini timbul setelah
emosi itu terjadi,misalnya setelah marah timbul niat untuk memukul dan
sebagainya.bagi seorang pelakon teater kita perlu dalam keadaan waras dan dapat
mengawal emosi kita supaya tidak menjadi overacting.
MENIRU TINGKAHLAKU WATAK
Bagi
melahirkan emosi yang sesuai dengan watak,cara peniruan adalah satu cara untuk
menghayati watak.seperti contoh meniru tingkahlaku watak, cara hidup watak,
pergaulannya dengan orang sekitar dan sebagainya.setelah kita mengenal
segala tentang watak tersebut ,kita akan
lebih mudah untuk membawa watak tersebut dengan hanya meniru gayanya. contohnya
watak panas baran kita boleh meniru gaya seorang tokoh yang dirujuk di mana
sahaja.
PERNAFASAN
Terdapat
empat cara pernafasan yang biasa digunakan antaranya ialah pernafasan dada.pada
pernafasan dada kita menghirup udara kemudian kita masukkan ke rongga dada
sehingga dada kita membusung.tetapi pada kebiasaannya pernafasan ini tidak
digunakan oleh pelakon teater kerana ia akan mengganggu gerak lakonan selepas
bahu menjadi kaku.pernafasan melalui rongga perut ini sering digunakan oleh
pelakon teater kerana ia kurang mengganggu pergerakan pelakon dan daya tahannya
lebih lama.untuk melakukan pernafasan ini kita perlu menarik nafas melalui
hidung dan pastikan perut mengembung ketika nafas ditarik dan apabila kita
melepaskan nafas perut kita akan mengempis.teknik pernafasan yang ketiga ialah
pernafasan lengkap.pada pernafasan lengkap kita perlu menggunakan dada dan
perut untuk menyimpan udara , sehingga udara yang kita serap sangat banyak
.pernafasan lengkap digunakan oleh sebahagian artis panggung yang biasanya
tidak terlalu mengutamakan acting tetapi mengutamakan vokal.dan yang terakhir
ialah teknik pernafasan diafragma, pernafasan diafragma ialah pengambilan udara
diwaktu malam. apabila kita mengambil udara ini bahagian tubuh kita iaitu perut,pinggang
dan bahagian belakang pinggang turut mengembang.menurut yapi tampayong pula
untuk mendapatkan suara yang baik kita harus melakukan latihan
pernafasan.latihan pernafasan bermula dari menghirup udara segar berulang kali
melalui rongga hidung dan menghembuskannya sehabis-habisnya.di akhir hembusan
mestilah diikuti dengan hembusan suara yang kuat seperti contoh hah!! sebanyak
10 kali.
EKSPRESI MUKA
Ekspresi
muka atau mimik adalah satu atau lebih gerakan atau posisi otot pada
wajah.ekspresi muka merupakan salah satu bentuk komunikasi nonverbal ,dan tidak
dapat menyampaikan keadaan emosi dari seseorang kepada orang yang mengamatinya
.ekspresi muka lahir ketika seorang pelakon itu merasakan situasi tersebut dan
sebagai tindak balas mimik muka akan seorang pelakon itu akan wujud.ekspresi
muka merupakan salah satu cara penting dalam menyampaikan maklumat sosial dalam
menyampaikan maklumat sosial dalam kehidupan manusia.walaupun seorang itu tidak
melafaskan dialog ketika itu akan tetapi para penonton tetap melihat mimik muka
dan pergakannya jadi seorang pelakon teater harus lah sentiasa memberikan
riaksi daripada dialog pelakon lain.sebagai seorang pelakon teater kita perlu
serius dalam menyampaikan mimik muka atau mksud disebalik mimik muka tersebut
kerana jika kita tidak serius penonton akan kehilangan mod untuk melihat
lakonan kita.kadang kala tidak semua pelakon dapat memberikan ekspesi muka yang
terbaik kepada penonton. hal ini mungkin kerana kurang latihan atau pengalaman
dalam bidang lakonan ini. selain itu melalui ekspresi muka kita dapat tahu
bahawa seseorang pelakon itu sudah menunjukkan emosinya. sebagai contoh ,muka
berkerut menunjukkan emosi keliru bercelaru.untuk mendapat kan ekspresi muka
yang baik kita perlu menghayati cerita yang kita bawa.
KESIMPULAN
Tuntasnya
jika mahu menjadi seorang pelakon teater kita mesti lah terapkan aspek yang
telah saya huraikan di atas ke dalam diri.hal ini kerana seorang pelakon teater
kini bukan sahaja perlu mempunyai pengalaman, bakat tetapi juga ilmu
pengetahuan dari segi teori asas lakonan.hal ini selari dengan hasrat kerajaan
yang mahu menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju,bukan sahaja maju
dari segi ekonomi atau pembangunan tetapi juga dari segala aspek termasuklah
industri seni “dunia lakonan” .wajarkah sebagai sebuah negara maju tetapi masih
mempunyai industri seni yang kurang bermutu. oleh hal demikian marilah kita
bersama-sama memartabatkan industri seni di negara ini di mata dunia dengan
aspek yang telah saya huraikan di atas.
Play Emperor Casino Slot Games on the Go | Shootercasino.com
ReplyDeletePlay Emperor Casino Slot Games online at Shootercasino.com. Try our huge 메리트 카지노 주소 collection 제왕카지노 of free casino games septcasino and try your luck!