Tuesday 14 January 2014

Teknik Lakonan Stanislavsky dan Brecht


DEFINISI LAKONAN

Menurut kamus dewan edisi keempat mendefinisikan seni sebagai halus dan tipis. Seni juga diertikan sebagai karya seperti sajak , lukisan , muzik , dan lain-lain yang dicipta dengan bakat hasil daripada sesuatu ciptaan. Keseniaan pula diertikan sebagai perihal seni yang berkaitan dengan seni, keindahan atau kehalusan. Di Malaysia , Indonesia dan Thailand terdapat suatu istilah keseniaan yang dikongsi bersama tetapi membawa maksud yang berbeza. Istilah itu ialah ‘LAKON’. Di Malaysia dan Indonesia “lakon” membawa maksud cerita apa yang dipentaskan. Di Thailand pula istilah yang sama membawa maksud tarian. Secara amnya,dalam kebudayaan masyarakat rantau asia tenggara terdapat serangkaiaan bentuk seni yang melibatkan gerak geri atau perlakuan manusia di tonton oleh manusia yang lain. Di dalam kamus dewan pula diertikan sebagai seni mengenai lakonan pentas. Dalam bahasa inggeris rangkaian seni ini biasanya disebut sebagai “performing arts’ atau kadang kala “theatre” dalam pengertian yang luas . pendapat lee straberg ringkasnya lakonan berfungsi untuk membawa watak dan perwatakan seseorang manusia lain yang akan digambarkandan direalitikan di ruang pentas oleh seseorang pelakon.kesempurnaan dan keberkesanan lakonan itu timbul apabila penonton itu dapat mempercayai itulah watak yang sepatutnya terpancar sehingga penonton melupakan bahawa ia sebuah watak yang dilakonkan oleh seorang pelakon di atas pentas tersebut.lantas untuk mendapat kecemerlangan dalam lakonan ,maka latihan,pengalaman hidup ,ilmu,tunjuk ajar dari pengarah ,perbincangan dari rakan pelakon akan memberikan satu signifikasi ke arah lakonan yang bermutu dan boleh dipercayai.




JENIS-JENIS LAKONAN

( ARTISTIK )
Artistik ialah gerak geri seni baik pada percakapan, mahupun pada gerak lakon. Misalnya dalam sesebuah drama purbawara. Tajuk ceritanya katakanlah cinta dan senikata berpantun ini, maka pengarah terpaksa mengarahkan pelakon-pelakonnya supaya melakukan adegan yang sengaja diadakan.

( REALISTIK )
Realistic ini merupakan suatu gerak gerik biasa lawan kepada artistik. Jelasnya sebagaimana kelakuan dan percakapan sehari- hari maka begitulah pula dilakonkan diatas pentas . hubungan jenis lakonan artistic dengan realistic boleh diibaratkan antara orang berjalan dengan orang menari. Orang berjalan itu disebut realistic dan orang menari itu disebut artistik.






(WATAK PARADOKS )

Maksud watak paradox ini ialah melakonkan banyak watak. Misalnya dalam adegan atau babak pertama dia berlakon sebagai seorang lanun yang ganas , kemudian dalam adegan atau babak kedua dia diminta memainkan watak lain seperti menyamar menjadi peminta sedekah dan dalam adegan atau babak ketiga dia menjadi lanun semula.

( PENGUCAPAN )
Pengucapan dalam drama ialah apabila pelakon melafazkan dialog secara langsung dari atas pentas. Pengucapan itu hendaklah mesti terang , jelas dan dapat didengar oleh semua penonton walaupun ribuan jumlahnya. Di Negara barat dan Negara maju, suara pentas adalah menjadi syarat mutlak bagi seseorang pelakon, kerana suara pelakon itu dikehandaki berlontar secara langsung samapi ke telinga penonton tanpa di bantu alat pembesar suara. Bagi suara yang dibantu oleh alat pembesar suara , itu dianggap cara lama yang sudah lapuk ketinggalan zaman. Bukti dari sejarah perkembangan seni drama di dunia menunjukkan bahawa pelakon tanpa pembesar suara itu sebenarnya adalah cara lama dalam zaman bangsawan sejak dahulu lagi. Kesulitan utama bagi seseorang calon pelakon ialh tidak semua orang yang memiliki suara pentas. Malah kebanyakkan pelakon memiliki suara sederhana. Akibatnya banyak drama yang dipersembahkan gagal kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat kesempurnaan pementasan drama. Di tanah air, syarat kesempurnaan sering menjadi syarat penting dalam pementasan drama . sebab-sebab yang lain mungkin mereka tidak tahu menyedari hal tersebut. Oleh kerana tidak tahu dan tidak menyedari maka selalu berlaku diman para pengarah dan jawatankuasa pemilihan pelakon tidakberdasrkan pemilihan calon pelakon kerana suara pentas tetapi mengutamakan paras rupa yang kacak , lawa, tampan menarik dan lain-lain lagi walaupun suaranya bagus.


(PERASAAN )

Dalam hal ini, pelakon  berkebolehan menguasai perasaannya apabila membawakan peranan yang diberi. Apabiala pelakon muncul di pentas maka perasaan yang ada di dalam dirinya ialah sedang melakonkan peranan yang sedang dihadapi oleh penonton. Dia bukan lagi diluar panggung, tidak lagi boleh bergerak dan bercakap-cakapsesuka hati seperti di luar panggung . jika perasaan itu tidak dikuasai dalm dirinya bermakna dia masih mengingat atau berperasaan seperti biasa. Untuk menguasai perasaan ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Inikerana kita memrlukan kekuatan jiwa dan pemusatan fikiran yang bersemangat. Gangguan perasaan akan mengakibatkan lakonan seseorang lawanan dari pearasaan yang dikehendaki oleh cerita . oleh sebab itu, bagi setiap pelakon memang menjadi suatu peratuaran atau tatatertib yang sebaik –baiknya supaya sentiasa menjaga perasaan jangan sampai terganggu.


( SENI KATA)

Ini adalah kebolehan menguasai semua seni kata yang sudah dihafal dengan lancar, menguasai tekanan suara, pernafasan dan menguasai bila dan ketika seni kata itu bersambut balas dengan pelakon lain yang berlawan bercakap. Selain itu, penguasaan seni kata juga apabial seni kata itu dihubungkan dengan teknik lampu, muzik, bunyi latarbelakang dan lain-lain. Paling penting penguasaan seni kata dihubungkan dengan memik muka, gerak gerik dan menghala kepada penonton. Ini termasuk juga kesan penyampaian seni kata kepada penonton terutamanya apabila sampai seni kata yang lucu sehingga membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak, tentunya pelakon melayani kesan –kesan itu dengan cara memikirkan penonton puas dengan ketawanya disamping dia sebagai pelakon yang bijak menokok tambah gerak-geriknya untuk memenuhi kekosongan semasa penonton sedang ketawa


( GERAK GERI )
Penguasaan gerak geri ialah menguasai semua gerak gerik yang dihidupkan di atas panggung sesuai dengan peranan, keadaan dan tempat. Contonya peranan Hang Tuah yang tenang dan Hang Jebat yang lincah jangan jadi yang sebaliknya. Keadaan sedang tenang, marah memujuk atau merayu. Begitu juga tempatnya, mestilah mengetahui di kawasan man dia sedang berdiri sama ada di kawasan tengah atau kawasan over acting. Namun biar gerak lakon yang dibuatnya,jangan lupa hubungannya secara langsung kepda penonton. Misalnya gerak- gerik geram sebagai pembunuh biasanya keris dijunam ke dalam perau mangsa atau diseksa terlebih dahulu dan lain-lain lagi.


KEPERLUAN LAKONAN TEATER

RUANG LAKON
Dari segi ruang lakon seorang pelakon harus mengetahui jenis pentas yang dilakonkan seperti contoh terdapat pentas yang berbentuk proscenium,arena dan trust.hal ini sangat penting kerana lakonan di atas pentas akan berubah mengikut bentuk pentas yang digunakan.oleh hal demikian pemahaman pelakon teater terhadap pentasnya akan membantu bentuk dan gaya lakonannya.pentas terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah pentas tertutup dan terbuka.pentas tertutup akan memudahkan pelakon untuk melontarkan suaranya ke seluruh ruang yang mempunyai penonton dan had kadar suara dapat di kawal.manakala pentas terbuka pula memerlukan pelakon teater melontarkan suara dengan nada yang agak kuat kerana ruang pentasnya tiada had keluasan.oleh itu pelakon harus memahami ruang-ruang bahagian agar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta kelebihan dan kekurangan setiap ruang bahagian pentas.pemahaman penting bagi pelakon mengetahui apakah yang harus dilakukan apabila berada di setiap bahagian-bahagian pentas.ruang lakon pelakon teater adalah pentas dan lakonan akan dipengaruhi oleh saiz serta jenis pentas.ruang lakon yang besar menuntut olah tubuh yang tidak terbatas serta lakonan yang diperbesarkan (exaggerate).lakonan pentas seharusnya lebih besar kerana ia melibatkan ruang pentas yang dilakonkan dan ruang penonton.jarak antara pentas dan penonton ini akan menyebabkan segala lakonan harus dibesarkan supaya ia kelihatan jelas walaupun penonton duduk di jarak paling jauh.


TUBUH BADAN
Bagi lakonan teater,kepentingan tubuh badan menjadi suatu perkara yang penting kerana dengan jarak dan ruang pentas ,serta kedudukan pelakon dengan penonton yang jauh memastikan segala bentuk lakonan harus ditranformasikan melalui tubuh badan.Diatas pentas pelakon dilihat dari keseluruhan pergerakan tubuh badannya.tubuh badan pelakon berfungsi sebagai penyampai segala emosi,pemikiran,aksi kepada penonton tugas ini dilakukan melalui pergerakan tubuh badan,lontaran vokal yang jelas dan bertenaga.kesimpulannya tubuh badan memainkan peranan yang penting dalam menyampai segala-galanya.
SUARA
Keperluan utama pelakon bukan sahaja dapat dilihat tetapi juga didengar.suara adalah insturment yang memaikan peranan penting sebagai penyampai segala dialog-dialog.oleh itu pelakon harus mempunyai suara yang fleksebel dan terlatih untuk memastikan apa sahaja dialog yang dilontar dapat didengar oleh seluruh penonton dalam veneu persembahan.hal ini merujuk kepada suara yang bertenaga memberikan kepuasan dan kefahaman penonton dalam menikmati pengucapan dialog-dialog melalui suara pelakon.suara juga ialah alat yang digunakan untuk berkomuikasi dalam kehidupan seharian.suara adalah campuran kompleks yang kita dengar dan kita membalasnya apabila berkomuikasi.secara fizikal setiap orang mempunyai suara yang berbeza ,dari segi bentuk ,saiz dan variasi.tetapi bagaimanapun kita menggunakan nafas mengeluarkan suara itu dan yang paling penting kita harus gunakannya sebaik mungkin.suara amat sensitif dengan apa yang kita rasakan. Dalam kehidupan seharian suara kita akan menggambarkan situasi dan perasaan kita sama ada kita sedih,gembira dan sebagainya.pelokon perlu tahu bagaimana dia bergantung pada suara itu dan apa yang mereka perlu lakukan. penonton akan berminat untuk mendengar penyampaian kita jika sebutan perkataan kita jelas. tetapi jika kita terlalu menekan suara itu suara kita akan menjadi tinggi dan kita akan hilang fokus,makna yang ingin disampaikan mungkin hilang,dan apabila suara kita terlalu kuat ia akan menggangu orang di sekeliling.petikan ini disokong oleh penulis iaitu yapi tambayong di mana beliau berkata bahawa vokal adalah unsur paling utama untuk menyampaikan fikiran dan perasaan secara verbal dari rangkaian dialog yang dihafal oleh seorang pelakon teater. tambahnya lagi dialog harus sampai ke telinga penonton ,dan difahami maknanya ,barulah penonton dapat menikmati keseluruhan cerita itu. selain itu dialog yang diucapkan mestilah tidak bertindih antara pelakon kecuali hal itu disengajakan.










APA YANG PERLU ADA PADA SEORANG PELAKON TEATER.

MOTIF LAKONAN
Berlakon adalah suatu pekerjaan dan bukan sekadar kegiatan.hal ini perlu dipegang oleh seorang pelakon semenjak dia memutuskan untuk mempelajari seni lakonan ini.seorang pelakon harus tahu mesej apa yang mahu disampaikan melalui pementasannya itu. hal ini supaya seorang pelakon teater ini tidak lari dari tujuannya. kadang kala apabila seorang pelakon teater itu sudah asyik di dalam lakonannya kerana mendapat tepukan atau pujian dari penonton dia mula hilang fokus dan tidak tahu motif lakonannya itu. hal ini akan mnyebabkan cerita yang disampaikan tidak terlalu menekankan mesej yang mahu disampaikan sebaliknya hanya melakonkan sahaja watak yang dibawa.hal ini dimulakan oleh brecht yang mengeluarkan teorinya bahawa lakonan teater haruslah mempuyai mesej atau pengajaran dan pelakon harus sedarkan penonton ketika penonton sedang masuk di dalam dunia cerita yang dibawa itu.


DAYA IMAGINASI
Sebagai seorang pelakon teater kita perlu mempunyai daya imaginasi untuk membayangkan kehidupan watak yang dibawa.watak tidak sahaja kepada watak manusia atau benda yang kita boleh rujuk dimuka bumi ini. contohnya watak syaitan.untuk membawa watak syaitan kita perlu berimagenasi untuk mendapat kan corak atau rangka kehidupan syaitan.tidak dapat dinafikan sebagai seorang pelakon teater yang membawa pelbagai watak kita perlu mempunyai pengalaman dalam watak yang kita bawa. tetapi tanpa daya imaginasi kita tidak mampu untuk mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang sudah tempuhi untuk diadaptasi ke dalam gelanggang teater.pandangan yapi tambayong  berkata sebelum pelakon melakukan dalam tindakannya pengarang sudah pun melakukan imaginasi seprti contoh shackespeare tidak perlu menjadi yahudi terlebih dahulu untuk merekaan tokoh kedekut dalam karyanya saudagar venesia.beliau hanya melakukan dengan menggunakan daya imaginasi sahaja.demikian juga pelakon tidak perlu mati terlebih dahulu untuk melakonkan adegan bunuh diri dalam karya shakespeare ,romeo dan juliet hanya dilakukan menggunakan daya imaginasi.tambahnya lagi latihan untuk merangsang imaginasi ialah selalu berkhayal ,dan selalu melihat lukisan lukisan dan mendengar muzik klasik.

TAHAP DISIPLIN
Disiplin adalah kunci kepada kejayaan seseorang pelakon teater. sebagai seorang pelakon teater kita memerlukan tahap disiplin yang baik.Berdisiplin ialah di mana seseorang itu sentiasa mematuhi peraturan yang telah diberi.berdisiplin terbahagi kepada banyak bahagian contohya menepati masa,adab berpakaian dan pertuturan yang baik.Dari segi masa ialah seorang itu harus menepati masa yang diberi.hal ini akan menjadi masalah sekiranya seorang pelakon teater tidak menepati masa yang diberi ia bukan membawa masalah kepada dirinya malah orang lain juga.dari segi pakaian pula,pakaian yang menjolok mata akan menyebabkan orang sekeliling kurang senang dan menyebabkan nama sesebuah produksi itu buruk.pertuturan yang kurang ajar akan mungkin akan menyebab kan perjalanan projek akan tergendala apabila berlakunya pergaduhan atau sebagainya.jelaslah disiplin ini sangat penting dalam dunia lakonan ini.



KEYAKINAN DIRI

Seorang pelakon teater perlu mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.kadang-kadang keyakinan diri ini sering disalah erti dengan sifat bongkak atau berlagak.keyakinan diri ini ialah rasa yakin terhadap diri sendiri bahawa kita boleh melakukan perkara itu.tetapi berbeza dengan bongkak atau berlagak di mana seseorang pelakon teater itu hanya bercakap kosong tanpa usaha dan kejayaan.keyakinan bahawa kita boleh melakukan perlu ada di dalam setiap diri pelakon teater. hal ini kerana jika seseorang pelakon teater itu tidak yakin dengan kebolehan dirinya sukarlah dirinya untuk melakukan sesuatu perkara khususnya dalam bidang lakonan.berbeza pula jika seorang pelakon teater itu berkeyakinan.lakonannya di atas pentas akan kelihatan lebih bagus dan menarik.hal ini secara tidak langsung akan menarik perhatian penonton untuk melihat lakonannya dengan lebih fokus.






KREATIF DAN TELITI

Seorang pelakon teater perlu berfikiran kreatif untuk mencipta sesuatu yang mampu menarik minat penonton mengikut peredaran masa.berfikiran kreatif ialah sesuatu perkara yang tidak semua orang miliki akan tetapi sebagai seorang pelakon teater kita perlu mengasah dan belajar sesuatu perkara yang kreatif supaya kita dapat mengadaptasikan lakonan yang bermutu.hal ini bertujuan untuk mengelakkan penonton bosan dengan gaya lakonan atau sebagainya kerana sudah terlalu kerap digunakan.manakala teliti juga perlu ada di dalam diri seorang pelakon teater .hal  ini jika seorang pelakon teater itu tidak teliti ia akan mencacatkan sebuah lakonannya sendiri.contohnya dia melakonkan cerita pada zaman hang tuah tetapi menggunakan bahasa atau pakaian moden.hal ini akan memberikan rasa tidak percaya kepada penonton.berbeza pula jika pelakon teater itu seorang yang teliti.penonton akan mempercayai watak yang dibawa dan merasai apa yang watak rasa. ( teknik stanislavsky).


EMOSI

Emosi dapat diertikan sebagai ungkapan perasaan. Emosi berupa perasaan sedih,marah,bingung,gugup dan sebagainya.Dalam lakonan teater seorang pelakon harus dapat mengendaalikan dan menguasai emosinya.hal ini penting untuk memberikan warna kepada pelakon yang melakonkan dan menunjang karakter watak tersebut.emosi juga sangat mempengaruhi tubuh iaitu tingkah laku ,roman muka(ekspresi),pengucapan dialog,pernafasan,niat.niat di sini timbul setelah emosi itu terjadi,misalnya setelah marah timbul niat untuk memukul dan sebagainya.bagi seorang pelakon teater kita perlu dalam keadaan waras dan dapat mengawal emosi kita supaya tidak menjadi overacting.

MENIRU TINGKAHLAKU WATAK

Bagi melahirkan emosi yang sesuai dengan watak,cara peniruan adalah satu cara untuk menghayati watak.seperti contoh meniru tingkahlaku watak, cara hidup watak, pergaulannya dengan orang sekitar dan sebagainya.setelah kita mengenal segala  tentang watak tersebut ,kita akan lebih mudah untuk membawa watak tersebut dengan hanya meniru gayanya. contohnya watak panas baran kita boleh meniru gaya seorang tokoh yang dirujuk di mana sahaja.

PERNAFASAN

Terdapat empat cara pernafasan yang biasa digunakan antaranya ialah pernafasan dada.pada pernafasan dada kita menghirup udara kemudian kita masukkan ke rongga dada sehingga dada kita membusung.tetapi pada kebiasaannya pernafasan ini tidak digunakan oleh pelakon teater kerana ia akan mengganggu gerak lakonan selepas bahu menjadi kaku.pernafasan melalui rongga perut ini sering digunakan oleh pelakon teater kerana ia kurang mengganggu pergerakan pelakon dan daya tahannya lebih lama.untuk melakukan pernafasan ini kita perlu menarik nafas melalui hidung dan pastikan perut mengembung ketika nafas ditarik dan apabila kita melepaskan nafas perut kita akan mengempis.teknik pernafasan yang ketiga ialah pernafasan lengkap.pada pernafasan lengkap kita perlu menggunakan dada dan perut untuk menyimpan udara , sehingga udara yang kita serap sangat banyak .pernafasan lengkap digunakan oleh sebahagian artis panggung yang biasanya tidak terlalu mengutamakan acting tetapi mengutamakan vokal.dan yang terakhir ialah teknik pernafasan diafragma, pernafasan diafragma ialah pengambilan udara diwaktu malam. apabila kita mengambil udara ini bahagian tubuh kita iaitu perut,pinggang dan bahagian belakang pinggang turut mengembang.menurut yapi tampayong pula untuk mendapatkan suara yang baik kita harus melakukan latihan pernafasan.latihan pernafasan bermula dari menghirup udara segar berulang kali melalui rongga hidung dan menghembuskannya sehabis-habisnya.di akhir hembusan mestilah diikuti dengan hembusan suara yang kuat seperti contoh hah!! sebanyak 10 kali.



EKSPRESI MUKA

Ekspresi muka atau mimik adalah satu atau lebih gerakan atau posisi otot pada wajah.ekspresi muka merupakan salah satu bentuk komunikasi nonverbal ,dan tidak dapat menyampaikan keadaan emosi dari seseorang kepada orang yang mengamatinya .ekspresi muka lahir ketika seorang pelakon itu merasakan situasi tersebut dan sebagai tindak balas mimik muka akan seorang pelakon itu akan wujud.ekspresi muka merupakan salah satu cara penting dalam menyampaikan maklumat sosial dalam menyampaikan maklumat sosial dalam kehidupan manusia.walaupun seorang itu tidak melafaskan dialog ketika itu akan tetapi para penonton tetap melihat mimik muka dan pergakannya jadi seorang pelakon teater harus lah sentiasa memberikan riaksi daripada dialog pelakon lain.sebagai seorang pelakon teater kita perlu serius dalam menyampaikan mimik muka atau mksud disebalik mimik muka tersebut kerana jika kita tidak serius penonton akan kehilangan mod untuk melihat lakonan kita.kadang kala tidak semua pelakon dapat memberikan ekspesi muka yang terbaik kepada penonton. hal ini mungkin kerana kurang latihan atau pengalaman dalam bidang lakonan ini. selain itu melalui ekspresi muka kita dapat tahu bahawa seseorang pelakon itu sudah menunjukkan emosinya. sebagai contoh ,muka berkerut menunjukkan emosi keliru bercelaru.untuk mendapat kan ekspresi muka yang baik kita perlu menghayati cerita yang kita bawa.



                            

                                                
                                                   





                                            

                                                    KESIMPULAN


Tuntasnya jika mahu menjadi seorang pelakon teater kita mesti lah terapkan aspek yang telah saya huraikan di atas ke dalam diri.hal ini kerana seorang pelakon teater kini bukan sahaja perlu mempunyai pengalaman, bakat tetapi juga ilmu pengetahuan dari segi teori asas lakonan.hal ini selari dengan hasrat kerajaan yang mahu menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju,bukan sahaja maju dari segi ekonomi atau pembangunan tetapi juga dari segala aspek termasuklah industri seni “dunia lakonan” .wajarkah sebagai sebuah negara maju tetapi masih mempunyai industri seni yang kurang bermutu. oleh hal demikian marilah kita bersama-sama memartabatkan industri seni di negara ini di mata dunia dengan aspek yang telah saya huraikan di atas.
                                               


1 comment:

  1. Play Emperor Casino Slot Games on the Go | Shootercasino.com
    Play Emperor Casino Slot Games online at Shootercasino.com. Try our huge 메리트 카지노 주소 collection 제왕카지노 of free casino games septcasino and try your luck!

    ReplyDelete